Thursday, October 05, 2006

Berkata Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Aku telah membagi shalat itu dua bahagian antara Aku dan hambaKu, dan Aku telah memberi hambaKu apa saja yang dimintanya. Maka apabila seseorang hamba itu mengucap: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam), berkata Tuhan: HambaKu telah mensyukuriKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Ar-Rahmaanir-Rahiim (Maha Pengasih Maha Penyayang), berkata Tuhan: HmabaKu memujiKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat), berkata Tuhan: HambaKu telah mengagungkanKu. Dan apabila hamba itu mengucap: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami minta pertolongan), berkata Tuhan: Yang ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan Aku tetap memberi hambaKu apa yang dimintanya. Dan apabila hamba itu mengucap : Ihdinash-Shiraathal Mustaqiim... hingga ke akhir (surah Al-Fatihah), berkata Tuhan: Yang ini untuk hambaKu, dan Aku tetap memberi apa yang dimintanya.

(Riwayat Ahmad dan Muslim)*

*Hadis ini diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Termidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majjah.
Malam Lailatul Qadar
-disusun oleh Imam Al-Ghazali RA

Kata Imam Ghazali RA:
Sesungguhnya malam Lailatul Qadar diketahui berlakunya dengan diketahui hari pertama Ramadhan.

Jika Awal Ramadhan;

Hari : Malam Lailatul Qadar
Ahad atau Rabu : 29 Ramadhan
Isnin : 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat : 27 Ramadhan
Khamis : 25 Ramadhan
Sabtu : 23 Ramadhan


Berkata Sheikh Abul Hassan Assazily RA:
Semenjak aku mencapai tahap umur kelelakianku, tak pernah aku ketinggalan untuk bertemu malam lailatul qadar.

Kata As Shihab al Qulyuby dalam kitab Khasiah alal Mahally:
Wahai orang yang bertanya akan daku daripada malam Lailatul Qadar yang berlakunya pada malam-malam kesepuluh di akhir Ramadhan.
Sesungguhnya dikenalikan malam tersebut daripada mula hari Ramadhannya.

Hari Ahad dan Rabu, malam Lailatul Qadar ialah malam 29 Ramadhan
Hari Jumaat dan Selasa, malam Lailatul Qadar ialah malam 27 Ramadhan
Hari Khamis, malam Lailatul Qadar ialah malam 25 Ramadhan
Hari Sabtu, malam Lailatul Qadar ialah malam 23 Ramadhan
Hari Isnin, malam Lailatul Qadar ialah malam 21 Ramadhan

Kaedah ini diambil daripada kitab Eianah Tholibin. Jld 2 m/s 262. Cetakan Darul Fikri.
(copy paste dari seorang teman)